Tuesday, November 2, 2010

Tanda Cinta Seorg Teman Lelaki


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu tu..
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan tetapi dasar cinta yang sebenar.  Betapa beruntungnya kamu….
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuat hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur…
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbuka la mendengar nasihatnya…..
JIka sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi..!
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungkawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya..!
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu…..
Manusia tidak ada yang sempurna samalah juga teman lelaki kamu, tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati.. tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia..berilah dia masa untuk berubah..nak berubah bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk bahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik. Janganlah kamu cari penganti dia semata-mata kamu kecik hati dengan kesalahan dia dan kamu pasti ke pengganti kamu tu dapat bahagiakan kamu..
Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorg yang bergelar lelaki..
Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari penganti, alasan kamu pulak macam mana? Adakah kamu itu tak pernah buat silap? Kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu?
Mungkin pasangan kamu tak sempurna, tapi kalau kamu dapat rasa keihlasan hati dia, itu lebih baik..dan..ikhlas itu tak boleh dilihat, tapi boleh dirasa dengan hati…

1 comments:

kUai nORmin said...

Ppuan punn begini juga diorrrr... LOL... anyway.. smpi jg la apa yg hendak disampaikan nie msg tersirat ni..

Post a Comment